Kelas Usahawan – Rekaan Grafik Berkomputer (Canva)

19 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2024, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Usahawan – Rekaan Grafik Berkomputer (Canva) secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang ahli PEDi.

Usahawan PEDi Rantau Panjang telah menhadiri kelas usahawan secara atas talian di platform “Whatsapp”. Peserta telah diterangkan tentang mereka grafik secara atas talian menggunakan aplikasi Canva.com bagi memudahkan usahawan mereka sendiri iklan mereka dengan mudah. Kelas ini juga telah menerangkan kelebihan Canva dalam mereka produk label mereka, iklan digital di media sosial dan macam macam. Diakhiri kelas ini, peserta juga diterangkan cara cara mendaftar akaun canva bagi memulakan rekaan mereka.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu usahawan walaupun mereka tidak dapat hadir secara fizikal ke PEDi. Amatlah kami hargai mereka boleh hadir secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali