Kelas Softskills - Craft Sand Painting

20 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills - Craft Sand Painting yang bermula dari pukul 12:00 petang sehingga 1:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar prasekolah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar mewarna lukisan menggunakan pasir berwarna yang telah disediakan. Para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah dalam mewarna kemas dan cantik. Semua peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali