Kelas Usahawan – Go Cashless

28 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2024, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Usahawan – Go Cashless secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang ahli PEDi.

Usahawan PEDi Rantau Panjang telah menhadiri kelas usahawan secara atas talian di platform “Whatsapp”. Peserta telah diterangkan tentang kepentingan Go Cashless atau Sistem Tanpa Tunai kepada usahawan dan juga menerangkan cara untuk mendapatkan QR Code mengikut bank masing - masing. Kelas ini juga telah menerangkan cara cara menggunakan aplikasi Canva untuk mereka kad perniagaan dengan mudah dan cepat.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu usahawan walaupun mereka tidak dapat hadir secara fizikal ke PEDi. Amatlah kami hargai mereka dapat hadir secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali