Kelas STEM – Cup Stack Challenge

13 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2024, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas STEM – Cup Stack Challenge yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi.

“Cup Stack Challenge” adalah aktiviti STEM berkumpulan yang menarik untuk mengasah kemahiran berfikir dan ianya berbentuk kerja berpasukan. Setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan 6 biji cawan, gelang getah dan tali. Kemudian semua cawan perlu disepahkan dalam keadaan terbaring di atas meja. Mereka perlu berfikir cara yang paling efisien untuk menyusun 2 keadaan cawan tersebut pada keadaan yang paling stabil. Kumpulan yang dapat menyiapkan kedua-dua cabaran ini dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melihat binaan kumpulan yang manakah dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan paling stabil dan setiap ahli perlu memenuhi syarat-syarat.

Refleksi daripada aktiviti ini, didapati peserta menggunakan pelbagai kaedah untuk menyusun cawan. Aktiviti nampak mudah namun sangat mencabar. Ahli kumpulan perlu patuh pada arahan dan perlu banyak bersabar untuk siapkan cabaran tersebut.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali