Kelas ICT dan Advokasi Keselamatan Siber (KDB)
24 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2024, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT dan Advokasi Keselamatan Siber (KDB) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian kelas ini ialah peserta diterangkan tentang penggunaan Internet dan Komputer. Setelah itu, peserta diberikan taklimat Advokasi Keselamatan Siber Klik Dengan Bijak (KDB) dimana mereka diterang tentanng risiko risiko penggunaan internet yang tidak dikawal selia. Kelas diakhiri dengan kuiz Klik Dengan Bijak melalui atas talian iaitu di laman sesawang Kahoot!. Peserta yang mendapat tempat tertinggi mendapat hadiah dari PEDi bagi memupuk pelajar lebih memahami tentang apa yang mereka pelajari selepas ini.
Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk anak muda untuk belajar dan dapat menerapkan penggunaan Internet dengan positif. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: