Kelas ICT – Asas Komputer

25 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2024, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT - Asas Komputer yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga fungsi kepada setiap komponen yang terdapat di komputer. Pada akhir sesi kelas tersebut, peserta telah membuat kuiz Kahoot bagi mengasah lagi pemahaman para peserta terhadap asas komputer.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan semoga lebih banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali