Kelas ICT - Menaip

26 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Januari 2024, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT – Menaip yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Pada akhir sesi kelas tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi menyuntik semangat para peserta untuk menyertai aktiviti lain pada masa akan datang.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan semoga lebih banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali