Kelas Softskills – Mengenali Warna dan Kemahiran Berfikir
27 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2024, Jumaat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskills – Mengenali Warna dan Kemahiran Berfikir yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 10 orang ahli PEDi.
Beberapa tulisan warna telah ditulis dengan menggunakan Microsoft Word dan diwarnakan dengan warna yang berlainan. Para peserta diminta untuk menyebut warna yang telah dipaparkan dengan betul. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk melatih daya fokus dan kemahiran berfikir para peserta.
Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk anak muda untuk belajar dan dapat menerapkan nilai semangat Kerjasama. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: