Kelas E-Learning – English (Verb)
28 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning – English (Verb) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Kelas ini dimulakan dengan membuat ulangkaji matapelajaran Bahasa Inggeris iaitu ‘Verb’. ‘Verb’ terdiri daripada ‘is’ dan ‘are’. Selepas selesai membuat ulangkaji, para peserta diminta untuk membuat kuiz menggunakan Quizziz untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka mengenai topik Bahasa Inggeris (verb).
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini dapat memupuk minat anak muda untuk belajar demi masa hadapan mereka. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti dan anak-anak muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: