Kelas E-Learning – Matematik Tahap 2

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning – Matematik Tahap 2 yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2. Peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz matematik operasi tambah dalam halaman sesawang Wordwall.com, Quizziz dan ABCya. Di samping itu, tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi mereka.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali