Kelas STEM – Gelang Kupu-Kupu

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2024, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM – Gelang Kupu-Kupu. Kelas tersebut bermula pada pukul 11:30 pagi sehingga pukul 12:30 petang. Kelas ini diadakan di PEDi Rantau Panjang dan telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah peserta diminta untuk mewarna gelang kupu-kupu terlebih dahulu. Selepas selesai mewarna, gelang kupu-kupu tersebut digunting mengikut garis luar yang telah disediakan. Gelang kupu-kupu yang telah siap digunting telah dililitkan di pergelangan tangan para peserta dan para peserta diminta untuk mengerakkan tangan mereka untuk membuat sayap kupu-kupu tersebut seolah-olah terbang.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menarik minat komuniti setempat untuk menerokai dunia STEM dan IoT dengan lebih mendalam lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali