Kelas Keusahawanan – Komunikasi Sosial Media yang berkesan
30 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari 2024, Isnin. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan Komunkasi Sosial Media yang berkesan yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Progran tersebut dijalankan secara atas talian di platform e-latih HRD Corporation dan dihadiri oleh seorang staf PEDi dan seorang peserta ahli PEDi.
Antara pengisian libat urus tersebut adalah pengenalan kepada Platform Media Sosial. Peserta juga turut diterangkan tentang cara - cara atau taktik mencari audien yang bersesuaian dengan produk dijual. Peserta juga diterangkan bagaimana cara untuk membuat iklan di media sosial. Kelas yang berlangsung selama sejam ini diakhiri dengan muat turun E-Sijil selepas selesai Sahaja kelas.
Diharapkan banyak lagi agensi – agensi manfaatkan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: