Kelas Keusahawanan – Mereka Bentuk Bahan Pemasaran Secara Atas Talian (Canva.com)
31 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 30 Januari 2024, Selasa. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan – Mereka Bentuk Bahan Pemasaran Secara Atas Talian (Canva.com) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan secara atas talian di platform Whatsapp Call Screen Sharing dan dihadiri oleh seorang peserta ahli PEDi.
Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada website Canva.com. Peserta juga turut diterangkan tentang cara - cara atau taktik menggunakan canva menyunting gambar produk dijual. Peserta juga diterangkan bagaimana cara untuk membuat iklan di media sosial.
Semoga kelas ini memberi sedikit sebanyak membantu usahawan dalam menjana pendapatan. Diharapkan lebih ramai lagi usahawan kecil diluar sana bersama kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: