Snake Ladder Games - Softskills

2 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Julai 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Kemahiran Insaniah iaitu Permainan Snake Ladder yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada permainan tanpa gadget. Peserta telah diberikan satu Snake Ladder Board untuk dimainkan bersama rakan rakan sekurang kurangnya 4 orang permain. Permainan ini adalah untuk mengasas kemahiran berfikir dan memupuk semangat daya saing. Selesai permainan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali