Kelas Komputer - Asas Microsoft Word & Asas Internet

14 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Komputer - Asas Microsoft Word & Asas Internet yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh enam (6) orang peserta.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan menggunakan Microsoft Word bagi mengasas lagi kemahiran penggunaan komputer mereka yang dibimbing oleh staf NADI. Peserta juga telah diterangkan tentang format dokumen dan format PDF.

Diharapkan dengan adanya kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali