Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Advokasi

15 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Internet dan Microsoft Power Point yang bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri 2 orang belia dan 4 orang pelajar sekolah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft PowerPoint. Peserta juga telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan di dalam Microsoft PowerPoint bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Bagaimanapun, slot advokasi penipuan pelaburan tidak wujud dan iklan pekerjaan tidak wujud di selit semasa kelas dijalankan bagi memberi ruang peserta rehat dengan memaparkan video pendek advokasi tersebut.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini boleh memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali