E-Pembelajaran – Sejarah Sarawak (Wikipedia & Kahoot)
24 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2024, Selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan E-Pembelajaran – Sejarah Sarawak (Wikipedia & Kahoot) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 peserta.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk membuat carian Sejarah Sarawak di laman sesawang informasi Wikipedia sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih para peserta memncari informasi sahih dan belajar membaca Sejarah di dalam Malaysia. Para peserta diberi 30 minit untuk membaca dan belajar keratan artikel dan menjalani kuiz di laman sesawang Kahoot untuk memantapkan lagi pemahaman para peserta. Peserta mendapat markah tertinggi kuiz telah mendapat hadiah Istimewa dari NADI dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di NADI Rantau Panjang pada masa yang akan datang.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: