Aktiviti STEM – Basic Coding (Sequence)

30 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Aktiviti STEM – Basic Coding (Sequence) yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh seorang peserta.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada pengekodan asas. Peserta telah diberikan satu permainan pengekodan secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang Kidlo Coding. Permainan ini adalah untuk mengasas kemahiran berfikir dan memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Selesai Sahaja aktiviti tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali