Kelas E-Learning Bahasa Melayu

16 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning Bahasa Melayu yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh dua orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Kata Kerja. Peserta telah diberikan satu kuiz Bahasa melayu kata kerja menggunakan Kahoot.com. Selesai latihan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali