Kelas Softskills – Emoji Nombor
5 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Emoji Nombor yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ialah gunting, gam, dadu, nombor 1 sehingga nombor 5 yang telah dicetak dan emoji yang telah dicetak juga. Para peserta diminta untuk menggunting nombor dan emoji tersebut. Setelah selesai menggunting, nombor tersebut dilekatkan pada bahagian kepala emoji untuk membentuk rambut. Setiap peserta diminta untuk melemparkan dadu dan peserta yang mempunyai nombor yang tertera pada dadu tersebut akan menggunting nombor pada emoji mereka sehingga habis. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan motor kasar para peserta.
Pemenang bagi aktiviti ini telah diberikan hadiah. Semua peserta yang menyertai aktiviti tersebut telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: