Aktiviti STEM – Walking Paper Horse

7 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2024, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM – Walking Paper Horse yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk mereka kuda yang telah diukur menggunakan pembaris. Peserta diminta untuk mengunting dan mengolah sendiri bentuk kuda mereka. Setelah itu, peserta telah menjalankan aktiviti bersama rakan rakan membuat kuda mereka berjalan di permukaan anjal. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih peserta dalam kemahiran bemotor pengetahuan matematik dan fisik. Semua peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali