Staff Training – Compliance: Anti Bribery & Corruption
20 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2024, Selasa, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Compliance: Anti Bribery & Corruption secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 petang. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Cik Cantiynia Anak Ringos yang merupakan staf dari REDtone.
Antara objektif latihan ini adalah tentang korupsi, rasuah dan penyelewengan wang dalam organisasi komersial. Beliau juga menerangkan peranan Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) dan kes kes yang telah berlaku. Pihak MACC adalah agensi membanteras aktiviti rasuah di sesebuah organisasi mahupun individu. Latihan ini diakhiri dengan assessment tentang topik yang dibincangkan untuk menilai pemahaman peserta.
Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NaDi supaya dapat mengelakkan berlaku nya kes rasuah di dalam organisasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: