Kelas E-Learning – Spell it Right
21 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning – Spell it Right yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar telah diajar cara yang betul untuk mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan berpandukan gambar yang diberikan. Satu latihan dengan menggunakan laman sesawang Wordwall.com telah digunakan bagi menguji pemahaman para peserta. Di samping itu, tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi mereka.
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: