Kelas Softskills – Mari Membaca
5 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mei 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskills – Mari Membaca yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi yang bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta. Para peserta telah diajar cara yang betul untuk membaca. Pada akhir sesi aktiviti membaca, petugas NADI telah meminta para peserta untuk berkongsi dengan rakan-rakan mengenai buku cerita yang telah dibaca oleh mereka.
Diharapkan dengan program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: