Kelas STEM/IOT – Menjelajah Dunia Digital Quiver

5 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM/IOT – Menjelajah Dunia Digital Quiver yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 04:00 petang yang bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memupuk minat peserta dalam bidang teknologi dan digital. Para peserta diberi satu gambar animasi untuk diwarnakan yang diperolehi dari aplikasi Quiver. Para peserta diminta untuk mengimbas kod yang terdapat pada gambar dan telah menwujudkan gambar yang mereka warna tadi bergerak dan boleh dimainkan di dalam tablet atau aplikasi tersebut.

Diharapkan dengan program seperti ini dapat memupuk peserta cilik untuk mendalami dunia digital pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali