E-Learning – Mathematic Quiz

6 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mei 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning kuiz matematik yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Peserta diberikan kuiz Matematik operasi tambah sebanyak 30 soalan. Setiap soalan diberi masa 30 saat untuk diselesaikan oleh peserta. Kuiz ini dibuat menggunakan aplikasi Kahoot.com yang sangat mudah dikendalikan dan mudah di fahami penggunaan nya. Kuiz ini diakhiri dengan keputusan skor yang diperolehi oleh setiap peserta. Kuiz matematik ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran matematik dikalangan pelajar. Semoga lebih ramai lagi komuniti Celik menyertai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali