Program Semarak Jiwa Merdeka

18 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan program aktivti sempena bulan kemerdekan iaitu Semarak Jiwa Merdeka yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Program tersebut telah dijalankan di dalam dan luar NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 22 orang peserta.

Komuniti telah memberi sokongan sepenuh kepada NADI Rantau Panjang bersama sama anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti yang NADI anjurkan. Peserta juga dapat mengenali sejarah kemerdekaan dengan pertandingan mewarna, mencari kata tersembunyi berkaitan kemerdekaan, kuiz merdeka dan pertandingan nyanyian lagu patriotik berkumpulan. NADI dan komuniti juga telah mengadakan perarakan sepanjang perkampungan rumah panjang dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang jalan dengan diiringi lagu lagu patriotik.

Program ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan di kawasan setempat serta memupuk semangat Cinta akan Negara. Objektif program ini juga antara nya adalah bagi mengeratkan lagi hubungan NADI Rantau Panjang bersama komuniti tempatan.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memberi membangkin penduduk setempat untuk lebih peka dengan perkhidmatan dan peranan NADI di kawasan luar bandar. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan hubungan silaturahim bersama NADI dan manfaatkan NADI sepenuhnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali